Penambahbaikan Infrastruktur dan Liputan Telekomunikasi

Pelan Pembangunan Rangkaian Infrastruktur telah dibangunkan dengan kerjasama pemberi perkhidmatan untuk menaik taraf infrastruktur di samping menangani isu-isu kualiti dan capaian perkhidmatan komunikasi

Perancangan untuk menjadikan Putrajaya sebagai bandar pintar (smart city) adalah selari dengan penambahbaikan infrastruktur dan kualiti perkhidmatan yang dilaksanakan.
 
MCMC dan Perbadanan Putrajaya bekerjasama dalam menaiktaraf Pusat Kawalan Putrajaya yang akan dijadikan sebagai pusat operasi dan kawalan bersepadu yang menggabungkan pelbagai agensi di Putrajaya seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) iaitu pembangunan 74 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) Berdefinisi Tinggi di sekitar Putrajaya yang berupaya untuk menganalisa video, pemberitahuan sistem maklumat parkir, sistem pengurusan trafik dan sistem keselamatan seperti ‘Panic Button’, ‘Horn Speaker’ dan sistem interkom.         
 
Selain itu, Pusat Inovasi Terbuka Putrajaya (POINT) juga sedang dibangunkan sebagai ruang kepada komuniti untuk menjalankan aktiviti dengan mengaplikasikan penggunaan ICT terutamanya berkaitan ekonomi digital.

 

Pjaya-Horn-Speaker.png
Rajah 1: Pengujian "Horn Speaker"