Pembangunan Aplikasi dan Kandungan Tempatan


Kepelbagaian budaya di Kota Belud menyebakan ia mempunyai potensi besar untuk kandungan dan pembangunan aplikasi tempatan. Masyarakat Kota Belud telah diperkenalkan dengan pengetahuan untuk menghasilkan video di bawah program Mykomunitikreatif (#Mykif) melalui latihan yang dijalankan di PI1M. Program lain seperti Script to Screen, aplikasi lego dan bengkel robot juga dijalankan untuk menyokong inisiatif tersebut.