Penambahbaikan Infrastruktur dan Liputan Telekomunikasi


Inisiatif ini menumpukan kepada peningkatan liputan 2G & 3G kepada 90% di kawasan penduduk di Daerah Kota Belud dan seterusnya memperluaskan liputan LTE di bandar Kota Belud. Selain itu, jalur lebar rangkaian tetap sedia ada juga akan dipertingkatkan menerusi pelaksanaan projek Jalur Lebar Sub-Urban (SUBB).