Pusat Internet

Pusat Internet adalah inisiatif yang akan menyediakan akses jalur lebar kolektif di kawasan luar bandar dan sub-bandar. Pusat ini bertujuan sebagai platform transformasi tempatan untuk komuniti setempat bagi mempelajari ICT. Penubuhan pusat internet baru di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud bertujuan untuk menyediakan akses internet kepada masyarakat yang akan mendorong mereka untuk menjadi lebih inovatif, kreatif serta memupuk keusahawanan. Sebuah pusat internet baru telah dirasmikan pada Hari Komuniti Kota Belud pada 13 Ogos 2016 oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Perkara ini adalah tambahan kepada PI1M sedia ada di Kg. Rampayan Laut, Kg. Suang Punggor dan Tamu Darat.