Penghasilan Dokumentari


Dokumentari selama 45 minit mengenai kemusnahan yang disebabkan oleh banjir di Kemaman. Walaupun terdapat masalah dan cabaran, masyarakat Kemaman yang bersatu padu dan bertahan yang menjadikan mereja sebagai model peranan dalam menguruskan banjir. Pertandingan bercerita “Kemamanku”  merupakan satu pertandingan menghasilkan cerita terbaik dan menarik dalam bentuk penulisan skrip, berkonsepkan latar belakang dan keunikan mengenai daerah Kemaman. Pertandingan ini telah disertai oleh 20 peserta terdiri daripada komuniti di sekitar Kemaman dimana mereka turut diberi latihan penulisan skrip sebelum pertandingan bermula. Rentetan dari pertandingan ini, satu dokumentari mengenai Pahlawan Banjir Malaysia yang berkisarkan mengenai banjir di Kemaman telah dihasilkan dan disiarkan pada 5 September pada pukul 9 malam di Discovery Channel (Astro Channel 551).