Majlis Penyampaian Hadiah e-Majalah Komuniti Pintar Putrajaya

Majlis Penyampaian Hadiah e-Majalah Putrajaya (e-Majalah) telah di adakan pada 24 Januari 2018 bertempat di SMK Putrajaya Presint 14(1). Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital, MCMC. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Encik Abd. Wahab bin Ibrahim , Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Tuan Hj Mohd Adely bin Sura, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) dan Tuan Hj Ruslan bin Abd Rahman, Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1). Tahniah kepada semua pemenang!

IMG_9469-1.jpg