Bengkel Kesedaran dan Pameran Teknologi IoT

Bengkel Kesedaran dan Pameran Teknologi IoT
  • Bengkel ini merupakan kerjasama strategic MCMC dan Perbadanan Putrajaya yang disokong oleh pihak Local Agenda 21 (LA 21) dan Pejabat Pendidikan WP Putrajaya.
  • Tagline program adalah Putrajaya Young Inventor. Melalui program ini, para pelajar dapat mengetahui kemahiran dan ilmu asas teknologi seperti robotik, dron, cetakan 3D, Augmented Reality (AR), sensor dan Pengaturcaraan Arduino.

 
Objektif Program
  • Menyemai dan menyuntik minat pelajar supaya cenderung untuk menerokai keperluan dan kemahiran teknologi masa hadapan;
  • Memupuk kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif agar mereka mampu berdaya saing di peringkat global;
  • Memberi pendedahan dan kemahiran asas teknologi ICT dan IoT kepada pelajar; dan
  • Memberi pendedahan berkenaan perkembangan dan percambahan bidang IoT dan Industri 4.0 di Malaysia.
 
Kumpulan Sasar yang terlibat
  • Pelajar sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, 2 dan 4 serta murid sekolah rendah di Darjah 4 dan 5.
  • 25 buah sekolah di Putrajaya.
 
Bengkel kesedaran ini telah diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh              :          1 November 2018 (Khamis)
Masa                :          8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat            :          Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
 
Peserta
 
  • 221 pelajar; 21 buah sekolah di Putrajaya (12 Sekolah Menengah dan 9 Sekolah Rendah)
  • 33 orang guru pengiring
 
Antara tetamu jemputan

Perbadanan Putrajaya: 
  • Presiden, Perbadanan Putrajaya: Datuk Dr. Aminuddin Hassim
  • Naib Presiden Kanan, Perbadanan Putrajaya: Dato’ Omairi Hashim
  • Pengarah, Bahagian Teknologi Manusia dan Komunikasi: Encik Kamaruzaman Abdol Shahrom 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia: 
  • Ketua Pegawai, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital: Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus
  • Ketua Bahagian, Bahagian Teknologi Dan Masyarakat: Tn Haji Aisharuddin Nuruddin
  • Ketua Jabatan, Komuniti Pintar Digital: Tn. Haji Fadhillah Mohd Nor
 
 Aktiviti serentak :
  • Pembentangan daripada 8 orang panel; 6 topik mengenai IoT dan 2 topik mengenai inisiatif MCMC;
  • Pameran IoT (robotik, dron, cetakan 3D, Augmented Reality (AR), dan Pengaturcaraan Arduino, Klik dengan Bijak, dan Inisiatif Komuniti Pintar;
  • Kaji selidik bagi mengenalpasti tahap kesedaran, minat, kemahiran pengetahuan para pelajar mengenai teknologi IoT semasa bengkel di adalah; dan
  • electronic 3D keychain
  • Photo Booth
 
Putrajaya Open Innovation Terminal atau POINT adalah salah satu flagship program di bawah inisiatif Smart Putrajaya. Premis POINT sedang dibangunkan dengan konsep memberi ruang kepada komuniti untuk menjalankan aktiviti dengan memanfaatkan penggunaan teknologi terkini seperti IoT.
 
WhatsApp-Image-2018-11-07-at-09-40-24-(1).jpeg
Bengkel Latihan Internet of Things (IoT)
26 November 2018 - 7 Disember 2018
Dewan Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya
 
Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Kesedaran dan Pameran Teknologi IoT yang telah diadakan pada 1 November 2018. Seramai 40 pelajar sekolah menengah yang telah menghadiri bengkel tersebut telah dipilih untuk mengikuti bengkel latihan selama 10 hari ini.