Pertandingan e-Masjid 2018

emasjid-1.jpg emasjid-2.jpg emasjid-3.jpg
Program eMasjid ini adalah sebuah program yang dianjurkan secara bersama antara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat Agama Daerah Langkawi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Program ini mendapat sokongan penuh dari Pejabat Daerah Langkawi sebagai peneraju utama pelaksanaan inisiatif Digital Langkawi dalam meningkatkan kualiti kehidupan komuniti Langkawi menerusi penggunaan teknologi ICT. 

Pelaksanaan eMasjid terbahagi kepada dua fasa seperti berikut:
Fasa 1: Train the Trainer (TTT)
Fasa 2: Pertandingan eMasjid
 

 

Sesi Train The Trainer (TTT) telah dilaksanakan dengan kerjasama dari pihak Bahagian Teknologi dan Masyarakat pada 16 & 17 Ogos 2016. Seramai 18 orang peserta telah turut serta yang terdiri daripada imam masjid dan AJK ICT masjid melibatkan 4 buah Pusat Internet di dalam daerah Langkawi.
  • Pusat Internet Kuah
  • Pusat Internet Langkawi
  • Pusat Internet Padang Lalang
  • Pusat Internet Pulau Tuba
 
Pendekatan ini adalah bertujuan bagi memberikan pengenalan kepada program emasjid dan sebagai pendedahan kepada pihak masjid dalam penggunaan platform media sosial sebagai medium utama menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum. Menerusi latihan ini, ilmu dan maklumat yang telah dipelajari boleh dipanjangkan kepada ahli masjid lain dan ia sebagai persediaan pihak masjid dilihat seiring dengan peredaran semasa yang sepenuhnya bergantung pada media sosial dari segi capaian maklumat.
 

SENARAI PEMENANG

 
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN
NO. PEMENANG NAMA MASJID/ SURAU
1. PERTAMA MASJID AL-HANA'
2. KEDUA MASJID AL-AMAN
3. KETIGA AR RAHMAN KEDAWANG
 
SENARAI PEMENANG SAGUHATI
NO. BULAN NAMA MASJID/ SURAU
1. FEBRUARI MASJID NURUL ISLAM SUNGAI ITAU
2. MAC MASJID JAAMI' AL JADIID
3. APRIL MASJID JAAMI' AL JADIID