Majlis Penyampaian Hadiah e-Majalah Komuniti Pintar Kota Belud

Majlis Penyampaian Hadiah Program Pembangunan Majalah Sekolah Digital (e-Majalah) telah diadakan pada 30 Januari 2018 bertempat di SMKA Tun Said, Kota Belud. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Maimunah Binti Suhaibul, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah En Mazlan Bin Othman, Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, MCMC, Encik Norsafi Bin Dukah Penolong Pegawai Daerah Kota Belud (Pembangunan), dan Encik Wan Salahudin Wan Abdullah, Penolong Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Tahniah kepada semua pemenang!

Sekolah Rendah:
Johan: SK Piasau
Naib Johan: SK Peladok
Tempat Ketiga: SK St Edmund (M)
Sagu hati:
Keempat:SK Menunggui
Kelima: SK Kinasaraban
Keenam: SK Pangkalan Abai

Sekolah Menengah:
Johan: SMK Tambulion
Naib Johan: SMK Taun Gusi
Ketiga: SMK Usukan
Saguhati: SMKA Tun Said
kb-all.jpg