e-Majalah Memperkasakan Komuniti

Putrajaya, 24 Jan - Majlis Penyampaian Hadiah Program Pembangunan Majalah Sekolah Digital (e-magazine) telah diadakan di SMK Putrajaya Presint 14 (1). Tahniah kepada semua pemenang.

Sekolah rendah:
Johan: SK Putrajaya Presint 9 (2)
Naib johan: SK Cyberjaya
Tempat Ketiga: SK Putrajaya Presint 9 (1)
Hadiah Saguhati:
Keempat: SK Putrajaya Presint 17 (1)
Kelima: SK Putrajaya Presint 8 (1)
Keenam: SK Putrajaya Presint 16 (1)

Sekolah Menengah:
Johan: SMK Putrajaya Presint 14 (1)
Naib johan: SMK Cyberjaya
Tempat Ketiga: SMK Putrajaya Presint 9 (1)
Hadiah Saguhati:
Keempat: SMK Putrajaya Presint 16 (1)
Kelima: SMK Putrajaya Presint 5 (1)
Keenam: SMK Putrajaya Presint 18 (1)

Majalah sekolah digital atau e-majalah akan diperluaskan ke lebih 500 buah sekolah di seluruh negara berbanding 143 buah sekolah pada ketika ini.

Menurut Ketua Pegawai Sektor Komunikasi & Ekosistem Digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, sasaran itu bakal dicapai melalui pelbagai kerjasama bawah inisiatif pendigitalan dan kandungan kreatif.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Sumber: Bernama