Majlis Penyampaian Hadiah e-Majalah Komuniti Pintar Lundu

Majlis Penyampaian Hadiah Program Pembangunan Majalah Sekolah Digital Komuniti Pintar Lundu (e-Majalah) telah di adakan pada 1 Februari 2018 bertempat di SK Bumiputera, Lundu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roslan Mohamad, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, MCMC. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Encik Abd. Wahab Bin Ibrahim , Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Encik Poniman Bin Bejok, Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Encik Awang Putrayusrie bin Awang Redzuan, Pegawai Daerah Lundu dan Encik Jumat bin Suhaili Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bumiputera. Tahniah kepada semua pemenang!

Sekolah Rendah:
Johan: SK Paon/Tembaga
Naib Johan: SK Bumiputera
Tempat Ketiga: SK Pugu
Sagu hati:
Keempat:SK Selampit
Kelima: SJK Chung Hua Serayan/Selarat
Keenam: SK Raso

Sekolah Menengah:
Johan: SMK Sematan
Naib Johan: SMK Lundu
IMG_0719.JPG