Pertandingan e-Masjid 2018

poster-e-masjid-(3).PNG
 

PENYERTAAN

Sila isikan maklumat diri anda pada pautan e-borang pendaftaran e-masjid ini. Image result for icon fingerhttps://goo.gl/forms/hLbMKZQvuj4JlFJE3

TERMA & SYARAT

A.KELAYAKAN
1. Penyertaan dibuka kepada semua surau dan masjid di daerah Langkawi (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”).
2. Setiap masjid yang menyertai pertandingan ini wajib mempunyai halaman Facebook rasmi masjid yang aktif.
3. Penyertaan adalah percuma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

B.KANDUNGAN
1. Peserta perlu menyiarkan kandungan kreatif yang berunsur Islamik pada halaman Facebook rasmi masjid masing-masing.
2. Peserta diberi kebebasan untuk menyiarkan / memuat naik kandungan kreatif berunsur Islamik mengikut kreativiti masing-masing dan tidak hanya tertakluk kepada jenis-jenis media seperti berikut:
     a.Rencana, artikel atau seumpamanya;
     b.Infografi,typografi;
     c.Fotografi; dan
     d.Video.
3. Kandungan yang dimuatnaik mesti bertepatan dengan shariah (shariah-compliance) & fatwa semasa yang berkuatkuasa di negeri Kedah.

4. Keutamaan pemarkahan akan diberikan kepada kandungan yang dihasilkan sendiri oleh Peserta (asli).
5. Kandungan yang dimuatnaik haruslah tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak.
6. Bahasa pengantara:
a.Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah dalam Bahasa Melayu kerana penggunaanya difahami oleh masyarakat secara umum. 
b.Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga (slang) atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (selepas ini dirujuk sebagai “Penganjur”).

7. Penggunaan hashtag

     a. Setiap kandungan yang dimuat naik wajib disertakan dengan hashtag (#) seperti berikut:

         1. Nama Masjid
             contoh #masjidannur

         2. #komunitipintar

         3. #eMasjid

C.ETIKA KANDUNGAN
1.Peserta harus memastikan kandungan yang disiarkan menghormati keharmonian  masyarakat majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkir kandungan dan penyertaan yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman.
2.Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu kandungan yang didapati tidak wajar dipertandingkan.

D.LAIN – LAIN
1.Tempoh pertandingan dijalankan adalah bermula daripada tarikh 20 Februari 2018 sehingga 30 April 2018.
2.Setiap Peserta diwajibkan untuk menghantar statistik jumlah capaian (total reach) bulanan bagi setiap kandungan yang dimuat naik kepada Penganjur mengikut tarikh seperti jadual di bawah:
 

Capture8.PNG

 

3. Sekiranya Peserta didapati melanggar mana – mana syarat pertandingan seperti yang dinyatakan, Penganjur berhak menolak atau menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi.

 

E.  PENAFIAN

1. Penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya Peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.

2.  Pihak Penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap Peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh Peserta atas dakwaan hasil karya tiruan. Jika Penganjur disaman atas sebab kesalahan Peserta menggunakan atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga, Peserta hendaklah bertanggungjawab dan menanggung rugi pihak Penganjur.

3. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan    sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.

4. Dengan tindakan Peserta menyertai pertandingan ini, Peserta bersetuju membebaskan pihak Penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

F.PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
1. Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat termasuklah hadiah pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
2. Syarat-syarat pertandingan yang telah dipinda akan dimaklumkan melalui portal pertandingan iaitu di laman sesawang http://komunitipintar.mcmc.gov.my atau www.facebook.com/komunitipintar

G. MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, Peserta boleh berhubung terus dengan pihak urus setia seperti di bawah:

 

img_384126.png Jabatan Komuniti Pintar Digital

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

MCMC Tower 1, Jalan IMPACT, Cyber 6,

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

 

important-person_318-10744.jpgEn. Mohd Hafiz Ismail 

1674-200.png mohd.hafiz@cmc.gov.my

56382-200.png 03-8688 8435

Atau

important-person_318-10744-(1).jpgEn. Amzar Azfar Zolkiflie

1674-200-(1).png amzar.zolkiflie@cmc.gov.my

56382-200-(1).png 03-8688 7937