Komuniti Pintar

 
mcmc-300x230.pngKe Arah Menjadi Komuniti Pintar
Kejayaan dalam melaksanakan Insiatif Komuniti Pintar akan melihatkan pembangunan Malaysia menghadapi perubahan signifikan untuk menyerupai visi negara ASEAN yang lain. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai badan pengawalseliaan industry komunikasi dan multimedia memainkan peranan dalam memastikan liputan perkhidmatan dan penerimaan ICT dapat diperkasakan kepada seluruh komuniti di Malaysia. Sehingga kini, Malaysia telah mengorak langkah dalam menubuhkan Inisiatif Komuniti Pintar melalaui peringkat daerah. Sebagai permulaan, daerah Kemaman telah dipilih sebagai projek percubaan di mana ia merangkumi pelbagai kawasan dan sudut dalam memperkasakan komuniti. Inisiatif ini gabungan program sedia ada dan baharu yang dibangunkan sejajar dengan visi Komuniti Pintar di ASEAN. 
MEMBINA MASA DEPAN

Pelbagai elemen yang dimiliki Kemaman menyumbang kepada faktor replikabiliti. Ini membolehkan SKMM untuk mereplikakan model Komuniti Pintar Kemaman kepada komuniti lain melalui penggabungan prinsip dan objektif Komuniti Pintar.