mcmc-300x230.png

Dengan kehadiran dan kebangkitan penumpuan industri komunikasidan multimedia di Malaysia dalam pertengahan 1990-an, satu paradigma yang memerlukan pendekatan baru dalam dasar media dan peraturan menjadi satu keperluan. Sejajar dengan ini, Malaysia telah mengangkat peraturan penumpuan berhubung dengan industri komunikasi dan multimedia pada November 1998. Dua perundangan digubal untuk menjalankan model kawalselia baru: Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berdasarkan rangka kerja pelesenan kawalselia baru bagi industri dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) yang mewujudkan sebuah badan kawalselia baru iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
 
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (1998) telah digubal pada 1 April 1999, sementara itu Akta Telekomunikasi (1950) dan Akta Penyiaran (1988) telah dibatalkan.
 
Suruhanjaya menetapkan 10 Matlamat Dasar Kebangsaan iaitu:

  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia

  • Menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup

  • Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;

  • Mengawalselia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;

  • Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;

  • Memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastrukturkebangsaan yang sentiasa ada;

  • Mewujudkan suasana aplikasi yang teguh bagi pengguna akhir;

  • Memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan;

  • Menggalakkan pembangunan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan

  • Menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian

10 Matlamat Dasar Kebangsaan ialah asas rangka kawalselia SKMM yang termasuk, kawalselia ekonomi, kawalselia teknikal, perlindungan pengguna dan peraturan sosial. Pada 1 November 2001, SKMM juga mengambil alih fungsi kawalselia Akta Perkhidmatan Pos 1991 dan Akta Tandatangan Digital 1997.